Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

ABAH

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 13, 2011

cebisan hati seorang anak kecil dari rumah yatim as-shofwah

asssalamualaikum wbt... segala puji bagi Allah, tuhan pencipta sekalian alam..

malam tadi sambil membelek-belek fb, aku terjumpa satu notes yg dipost oleh seorang senior fk (fakultas kedokteran) yang telah menyertai program tautan hati. iaitu satu program yang diadakan untuk membantu anak-anak yatim dan masyarakat sekitar UnPad. semasa senior tersebut mengunjungi rumah anak yatim as-shofwah, dia terjumpa satu buku yang di dalamnya tertulis coretan salah seorang anak kecil di rumah tersebut.

nota itu berbunyi begini:

"Kehidupan ini diibaratkan seperti air yang selalu mengalir yang namanya air, tidak akan berhenti sebelum sampai pada tujuan atau pada titik finis.

Begitu pula kita hidup di dunia ini,kita tidak berhenti beribadah sebelum kita sampai pada akhir kehidupan ini iaitu kematian.

Walaupun begitu bnyk rintangan dan cobaan selalu silih berganti menghalangi kita untuk selalu beribadah kepada Allah s.w.t.Namun, kita harus selalu ingat bahawa sebesar apapun cobaan itu pasti akan berlalu."



Aku tersentuh membacanya apabila memikirkan adik2 yang masih kecil dan serba kekurangan itu masih mampu untuk begitu tabah menghadapi bermacam2 dugaan dalam hidup sedangkan kita yang serba berlebihan ini sekali diuji dengan dugaan pon dah mudah sangat mengeluh dan hilang arah. Moga nikmat2 yang kita kecapi atau dapat ketika ini tidak menjadi titik lemah atau penghalang kita untuk ke Syurga.Nikmat juga mampu jadi ujian untuk kita taw. Mari Muhasabah diri dan buat pilihan anda...Yang mana destinasi anda?Syurga atau neraka?

BTW, apa korang rasa bila baca notes tu? aku? sebak sangat.. sebab dari kecil Alhamdulillah, hidup aku boleh dikatakan perfect. Apa sahaja benda, dengan mudah akan aku miliki. seawal usia 4tahun, aku dah mula melancong dengan menaiki kapal terbang, seawal 4tahun jugak dah habis satu Malaysia aku pergi dan dalam usia yang muda juga aku sudah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah bersama abah dan ummi.. macam2 lagi la jenis nikmat dan kelebihan yang aku dapat sejak kecil.. dan mungkin sebab terlalu banyak nikmat itu jugalah, pantang ada ujian yang diberi, mudah saja mulut aku melontarkan kata-kata keluhan.. sungguh tidak pandai bersyukur seorang Amal Azimah ni huuu~

tapi mnginjak dewasa, semakin banyak ujian yang aku lalui, semakin aku belajar untuk mengenal erti hidup. semakin aku tahu nilai sesuatu benda yang ada di sekeliling aku.. semakin aku memahami ungkapan "Layukallifulllahunafsan illa wusa'ha ". syukur ya Allah kerana Engkau memberikan aku ujian.. tanpa ujian dariMu, aku mungkin seorang hamba yang lalai dan tidak pandai bersyukur...

buat adik si penulis nota di atas, semoga Allah kuatkan semangat mu di atas segala ujian yang kamu hadapi. dan ingatlah di sebalik kedukaan itu pasti ada kegembiraan yang Allah sellitkan buatmu.. semoga Allah senantiasa memberkati dan merahmati hidupmu.. dan semoga engkau menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua mu.. Aminn~

"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"
Doa Nabi Sulaiman, dipetik dari surah An-Naml, ayat 19.


sekian dari,

Friday, March 11, 2011

homesickkkk~

assalamualaikum wbt..

hey peeps.. long time no see..
i'm not in a good mood right now.. u know what? i had been away from my family since i'm 13 years old.. n this is my 1st time, crying like a baby under my ZARA (a teddy from kakD), begging on the phone for ummi to come here since next week is the mid term school holiday in Malaysia n begging for her to let me go back to Malaysia for the next 2 week since i have no class on Monday n no lab on Tuesday (physical pharmacy lab is only once every 2 week!).. hohohooo... i sound sooo crazy isn't it? but that is the truth! i realy feel homesick.. it's like really really REALLY HOMESICK!(soorry, need to use capslock to show u how desperate i am to want to go home)..

the only thing that can stop me from packing my belonging n get on the bus n go to the airport is.. MONEY.... MONEY is not easy to get bro.. if n only if my parents are the employee of either AirAsia or MAS.. i will surely do that.. coz according to my friend whose her father is an AirAsia pilot.. they have this kind of thing like discount card or something which is called the ID90 which allow any of the card holder to only pay 10% of the flight ticket..(90% dicount dude!).. for example..  normal price for one way BDO-KUL ticket is RM300-90%= pay only RM30!..  of course i will go back to Malaysia anytime!! hohohoho..

studying abroad is not easy bro.. u have to be familiar with all the things.. people, environment bla bla bla.. but the thing is EVERYTHING IS NOT THE SAME AS MALAYSIA... arghhhh.. now i know how its like to study abroad.. (dulu gdix sgt nk dtg cni huuuuu~)....

wanna go home n hug my ummi n annoy my tante acu!! oh NOooooooo...

k la people.. c u next time..

pssssttttt.... hey peeps i'm going to JAKARTA tomorrow!! can't wait!! :D will go there with besties n IMAN n BAIK.. next time i'll tell u what are this IMAN n BAIK k...




Tuesday, March 1, 2011

rezeki di malam hari...

assalamualaikum kawan-kawan... saya happy hari ni.. knape? sbab saya bersedih kot semalam.. hehehe
hari ni semua berjalan lancar walaupun penat sikit sebab kelas sampai pukul 2.20ptg.. tadi lepas siap solat maghrib, chewe (a medic student) call aku, ajak makan-makan.. parents dia datang melawat... hoho.. ape lagi dengan sekelip mata aku, kakd, ggirl n mun bersiap.. terus pegi guest room bale3.. sampai-sampai tu bulat mata aku tengok makanan... mak oooiiii... semuanye favourite aku kot... nasi himpit kuah kacang, nasi putih n rendang ayam.. ape lagi memang buat muka tak malu je la tadi.. nak nak pulak makcik tu semangat suruh kami makan... hehehe... timekasih makcik n pakcik.. kenyang kami malam ni... sebelum balik bergambar kenang-kenangan dulu ngan parents chewe... n here is the picture~


 belakang: kakd, mun, aisyah, ain
tengah: fatin, aku, aqis, ayah chewe, mama chewe, chewe, balqis
depan: anis, ggirl..



alhamdulillah rezeki hidup di perantauan... *kenape syahdu sangat bunyinye?* :D




deleted

ouh yes...
for the past few days..
i had deleted some of my entries from this blog...
i want to change...
i want to create the new me...
a better one..
n of course...
i need support from u guys...
tq for understanding...

it's me again, 
  amaL   

   

tolonglah.....

tolong oh tolong lah...
jgn buat saya penat..
jgn buat saya muak..
tak perlulah nak perasan..
tak perlulah nak fikir bukan-bukan..
salahke saya nak buat baik?
tak salah kan?
saya masih ada perikemanusiaan ni..
tolong jgn buat sifat itu lenyap dari diri saya..
dan tolong jgn buat perasaan benci itu membiak
dan beranak pinak dalam hati saya...
saya manusia biasa yang masih mencuba
untuk mengubah diri saya yang dulu...
jgn buat saya putus asa untuk jadi baik...
saya ada had saya sendiri...
tolong oh tolonglah...



-amaL-