malam tadi sambil membelek-belek fb, aku terjumpa satu notes yg dipost oleh seorang senior fk (fakultas kedokteran) yang telah menyertai program tautan hati. iaitu satu program yang diadakan untuk membantu anak-anak yatim dan masyarakat sekitar UnPad. semasa senior tersebut mengunjungi rumah anak yatim as-shofwah, dia terjumpa satu buku yang di dalamnya tertulis coretan salah seorang anak kecil di rumah tersebut.
nota itu berbunyi begini:
"Kehidupan ini diibaratkan seperti air yang selalu mengalir yang namanya air, tidak akan berhenti sebelum sampai pada tujuan atau pada titik finis.
Begitu pula kita hidup di dunia ini,kita tidak berhenti beribadah sebelum kita sampai pada akhir kehidupan ini iaitu kematian.
Walaupun begitu bnyk rintangan dan cobaan selalu silih berganti menghalangi kita untuk selalu beribadah kepada Allah s.w.t.Namun, kita harus selalu ingat bahawa sebesar apapun cobaan itu pasti akan berlalu."
Aku tersentuh membacanya apabila memikirkan adik2 yang masih kecil dan serba kekurangan itu masih mampu untuk begitu tabah menghadapi bermacam2 dugaan dalam hidup sedangkan kita yang serba berlebihan ini sekali diuji dengan dugaan pon dah mudah sangat mengeluh dan hilang arah. Moga nikmat2 yang kita kecapi atau dapat ketika ini tidak menjadi titik lemah atau penghalang kita untuk ke Syurga.Nikmat juga mampu jadi ujian untuk kita taw. Mari Muhasabah diri dan buat pilihan anda...Yang mana destinasi anda?Syurga atau neraka?
BTW, apa korang rasa bila baca notes tu? aku? sebak sangat.. sebab dari kecil Alhamdulillah, hidup aku boleh dikatakan perfect. Apa sahaja benda, dengan mudah akan aku miliki. seawal usia 4tahun, aku dah mula melancong dengan menaiki kapal terbang, seawal 4tahun jugak dah habis satu Malaysia aku pergi dan dalam usia yang muda juga aku sudah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah bersama abah dan ummi.. macam2 lagi la jenis nikmat dan kelebihan yang aku dapat sejak kecil.. dan mungkin sebab terlalu banyak nikmat itu jugalah, pantang ada ujian yang diberi, mudah saja mulut aku melontarkan kata-kata keluhan.. sungguh tidak pandai bersyukur seorang Amal Azimah ni huuu~
tapi mnginjak dewasa, semakin banyak ujian yang aku lalui, semakin aku belajar untuk mengenal erti hidup. semakin aku tahu nilai sesuatu benda yang ada di sekeliling aku.. semakin aku memahami ungkapan "Layukallifulllahunafsan illa wusa'ha ". syukur ya Allah kerana Engkau memberikan aku ujian.. tanpa ujian dariMu, aku mungkin seorang hamba yang lalai dan tidak pandai bersyukur...
buat adik si penulis nota di atas, semoga Allah kuatkan semangat mu di atas segala ujian yang kamu hadapi. dan ingatlah di sebalik kedukaan itu pasti ada kegembiraan yang Allah sellitkan buatmu.. semoga Allah senantiasa memberkati dan merahmati hidupmu.. dan semoga engkau menjadi anak yang soleh buat kedua orang tua mu.. Aminn~
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"
Doa Nabi Sulaiman, dipetik dari surah An-Naml, ayat 19.
sekian dari,
No comments:
Post a Comment